AnsarCARE adalah sekumpulan sukarelawan yang menguruskan program CSR di bawah AnsarComp (M) Sdn Bhd. AnsarCARE unit ini dilancarkan dengan rasminya pada 20 Jun 2015, oleh Pengarah Eksekutif AnsarComp (M) Sdn Bhd (AnsarComp) iaitu Puan Ramlah binti Hamad, bersamaan dengan 3 Ramadhan 1436H, pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf anjuran AnsarComp (M) Sdn Bhd, bertempat di Dewan Itqan Professonal Training Centre, Putra Heights, Subang Jaya.
Pada masa ini, keahlian sukarelawan ini adalah daripada kakitangan AnsarComp (Ansarian) dan telah berjumlah hampir 30 orang. Walau bagaimana pun, dengan jumlah yang kecil ini pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan oleh sukarelawan berdasarkan projek-projek sasaran.
Get Connected