_DSC7415Majlis berbuka puasa Asnaf telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai yang lalui. Majlis santai dan sederhana ini adalah anjuran AnsarComp (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan PERAMAH yang turut menghantar wakilnya iaitu Puan Dr Siti Zubaidah Ismail, selaku Timbalan Pengarah YP untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada para asnaf. Seramai 70 orang asnaf telah hadir termasuklah anak-anak yatim dan juga ibu tinggal yang tidak berkemampuan. Kebanyakan asnaf ini adalah yang tinggal di sekitar Kampung Padang Jawa.

Majlis ini diurusetia oleh Sukarelawan AnsarCARE yang telah meluangkan masa bersama ahli keluarga mereka untuk hadir menjayakan majlis ini dan berbuka puasa bersama-sama para asnaf. Majlis ini telah bermula seawal jam 5.00 petang dan berakhir pada 10.15 malam dengan pengisian tazkirah dan juga solat jemaah maghrib, isyak dan juga terawih yang dipimpin oleh Ustaz Jaafaruddin.

Sama-sama kita doakan agar majlis ini diberkati Ilahi. Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. In sya Allah, Ameen.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail