Bila kita mati, maka berakhirlah segalanya di dunia untuk kita. Yang hidup akan teruskan kehidupan mereka seperti biasa, kerana mereka tidak akan dan tidak boleh selamanya bersedih dengan kita walau siapapun kita di dunia ini…sekali-kala hanya kenangan yang hadir dalam kotak ingatan mereka. Sekadar kenangan yang tidak dapat diulang lagi. Kita juga sudah terputus hubungan dengan mereka kecuali doa dari anak-anak kita yang soleh.

Maka bagaimanakah nasib kita untuk meneruskan “kehidupan” baru di alam kubur bersendirian?

Hakikatnya hanya tiga perkara yang boleh di bawa sebagai bekalan sebagaimana maksud Hadis Nabi SAW:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain)

Allahu Akbar. Sejauh mana persiapan kita untuk menambah bekalan-bekalan ini dalam kehidupan kita seharian?

Mari sama-sama kita semarakkan sedekah, sebagai menampung bekalan yang berterusan untuk kita di alam sana.

#ansarcare

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail