Kami datang lagi ke KOA Sg Buloh. Kali ini meneruskan misi mengajar mengaji oleh ustazah-ustazah sukarela AnsarCARE yang dilatih di Ansarcomp. Misi bermula sebaik sahaja tamat taklimat ringkas di Bilik Umar, Itqan Training Center. (Nama macam-macam, tapi kami sebenarnya satu tempat yang sama! Lain-lain tingkat bangunan je… :D)

Kenderaan kami mula bergerak menjelang jam 11 pagi, sebelum tu sakan posing dengan vest AnsarCARE yang baru dan loading keperluan untuk event hari ini. Selain mengangkut ustazah-ustazah, kami angkut juga sedikit cenderahati dan refreshment ringkas serta kitab-kitab Iqra’ yang bakal digunakan. Sebenarnya perancangan kami agak tergesa-gesa. Tapi misi tetap kami teruskan dengan semangat berkobar-kobar.

Sedikit mengecewakan apabila kami sampai di surau As Saadah, tak ramai yang dapat hadir kerana berkebetulan dengan sebuah kenduri kahwin. Tapi, dah alang-alang sampai, kami sumbangkan tenaga dengan membersihkan surau dan mengunjungi rumah-rumah OA yang dekat dengan surau. Jika difikirkan semula, elok juga kami sekadar berkunjung ke rumah mereka. Senang kata, berkenal-kenal dulu sebelum mula mengajar. Lebih mesra dan tak segan belajar kemudian.

InsyaAllah 2016 kami akan datang lagi. Kali ini secara berjadual dan diharapkan usaha kecil kami ini dapat membantu OA melancarkan dan memperbaiki bacaan Al Quran mereka. Mudah-mudahan usaha kecil kami ini, menjadi bekal kami di akhirat, Insyaa Allah.

Berminat menyertai kami? Jangan segan-segan, hubungi kami dan jadilah sukarelawan AnsarCARE hari ini!

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail