Beberapa hari sebelum misi ini, kami menerima viral message dari group Watsaap. Tersentuh dengan kemungkinan yang OKU-OKU ini tak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kami segera kumpulkan beberapa kotak makanan kering hasil sumbangan orang ramai melalui #FoodBank dan #PayItForward dari D’Ansar Mart. Melalui perbualan ringkas dengan kak Normah (penjaga) pada malam sebelumnya, perjalanan kami diatur menghala ke Rawang menjelang jam 11 pagi.

Sebenarnya hati berdebar kerana secara peribadi, ini kali pertama terlibat dengan lawatan sebegini, apatah lagi mengunjungi rumah OKU. Berdebar kerana tak tahu apa harus dijangkakan dan bagai mana patut membawa diri di kalangan mereka. Namun begitu, pesanan ringkas oleh seorang kawan meyakinkan bahawa ‘mereka OK’ dan hanya perlu ‘kuatkan hati’, misi digerakkan dengan Bismillah. Berbuah tangan Bread Butter Pudding oleh Maidah Cuisine, bekalan barangan kering, soft toys dan beberapa barangan sumbangan lain, ‘hati dikuatkan’ sambil bermahabbah.

Sampai lebih awal dari kami adalah sebuah kumpulan pelajar UIA. Mereka telah tiba sejak pagi dan menghiburkan OKU di sini menyanyi dan bergotong royong membersihkan rumah. Secara mata kasar, ruangan rumah mereka agak padat dengan jumlah OKU lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak-kanak, berjumlah lebih kurang 38 orang. Menurut kak Normah, tak semua dapat tidur di atas katil. Kerana ruang yang sempit, sebahagian dari mereka hanya tidur dilantai beralaskan tilam yang bersusun di dapur.

Semasa kehadiran kami, bekalan makanan memang kelihatan bersusun di dapur. Tapi menurut kak Normah bekalan tersebut hanya bertahan beberapa bulan, kerana sebahagiannya akan dihantar ke rumah kedua di Setapak (20 orang). Gaji pekerja juga kadang kala terpaksa lewat kerana mereka sentiasa perlu berbelanja untuk kesihatan OKU, sekali ke klinik purata RM50 seorang. Selain itu, menurut kak Normah penempatan ini susah untuk didaftarkan kerana masalah geran tanah. Mungkin jika ada pihak yang dapat membantu, bolehlah hubungi kak Normah 0126731816.

Dari hati kecil, lagu ini untuk mereka dan semua sukarelawan AnsarCARE yang tak segan silu membantu dan menghiburkan OKU di sini. ;(
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zhBYLnHn_Io]

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail