Assalamualaikum wbt.

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru 2016. Macam sekejap saja kan 2015 berlalu? Terfikir juga apa yang sudah dilakukan sepanjang 2015? Kita doakan bersama supaya 2016 kita lebih dekat dan erat lagi dengan al-Quran. Adakah 2015 anda sudah berjaya? Haa…jom kami kongsikan entri perpisahan 2015 ini dengan sebuah KEJAYAAN.

============

Apa yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN?

Didalam sebuah buku penulisan barat The Success Profile mengatakan equation kejayaan seperti berikut :

Success = f { What we do }

Ini kajian daripada barat. Bagaimana pula dengan penilaian dari sudut pandang Islam?

Terbukti dalam manual ajaib yang Allah bekalkan kepada umat Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam ada dilembaran surah Al-Asr yang kita duk selalu baca dihujung majlis.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal (melakukan aktiviti-aktiviti) soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Maha Adil Allah yang mengukur kejayaan bukan daripada HASIL tetapi daripada apa yang kita lakukan iaitu PROSES.

Bila manusia yang buat ukuran kejayaan adalah datangnya daripada HASIL. Apa yang berlaku?

Staff murung, stress sebab tak capai KPI hujung tahun.
Pelajar tak suka belajar, benci subjek matapelajaran.

Konsep SYUKUR amat-amat penting ditanamkan dalam diri kita. Bersyukur dengan proses yang telah dilakukan daripada tidak melakukan apa-apa.

$$ –> Syukur –> $$$$$$ ( Alhamdulillah )

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu.
( Surah Ibrahim 14:7 )

Oleh itu, amat penting bagi manusia yang tahu dan sedar akan sebuah KEJAYAAN. Maka kita akan dapat lahirkan staff, pelajar, bos, anak dan keluarga yang tenang. Malah rasa lebih takut dengan hasil kejayaan yang dicapai kerana itu juga adalah ujian. Takut juga bila ukuran daripada hasil itu melahirkan takabbur dalam diri. Moga Allah pelihara kita daripada kejayaan yang membinasakan.

Wallaahu A’lam

Selamat menyambut tahun 2016 dengan penuh Kejayaan. Terima kasih sepanjang 2015 bersama AnsarCARE.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail